Terus mara tanpa gentar..

Tuesday, December 30, 2008

Martabatkan Bahasa Melayu

Sudah termaktub sudah dlm perlembagaan bahawa Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan negara kita.Namun sedikit demi sedikit keistimewaan ini telah terhakis dgn pelbagai usaha yg diperkenalkan oleh pihak yg tak bertanggungjawab.

Setiap hari kita lihat di dada akhbar tentang isu PPSMI diperdebatkan.mengapa ini terjadi???apa yg diperjuangkan oleh golongan seperti GAPENA, Kesatuan Kongres Guru-guru dan banyak lagi.adakah mereka sesaje berbuat demikian???

Kemelut PPSMI semakin meruncing apabila Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) menetapkan 15 Februari depan sebagai tempoh muktamad untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya kerajaan masih meneruskan pelaksanaan PPSMI.

Selain itu, peguam dan juga bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, menerusi artikelnya dalam akhbar ini semalam menyatakan bahasa Melayu mesti menjadi bahasa pengajaran mata pelajaran teras termasuklah Sains dan Matematik seperti diperuntukkan dalam Seksyen 1 dan 6, Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996, di sekolah rendah dan menengah kebangsaan.

Antara rasional utama gesaan memansuhkan pelaksanaan PPSMI di sekolah rendah ialah murid mesti diberi peluang memperoleh pendidikan awal dalam bahasa ibunda yang 'mesra' dengan kehidupan harian untuk menarik minat, memudahkan pemahaman serta memantapkan penguasaan asas mereka.

Memang bagus usaha kerajaan dlm membantu meningkatkan prestasi pelajar berbahasa Inggeris.tp cuba kita tgk kesan jangka panjang dimana jiwa peneraju negara pd masa hadapan telah ditanam dgn jiwa Barat sejak dibangku sekolah rendah.

Tidakkah kita kan malu sekiranya orang MELAYU gagal dlm subjek bahasa Melayu????sama2 kita fikirkan..[+]

1 comment:

sayapunmelayu said...

sebelum PPSMI dilaksanakan, ada je budak Melayu yang gagal Bhasa Melayu. Padahal masa tu semua subjek dalam bahasa Melayu.

Sebenarnya bergantung kepada diri sendiri. Jangan salahkan bahasa. Bahasa itukan ilmu.