Terus mara tanpa gentar..

Wednesday, December 31, 2008

Tidak Adilkah MELAYU???


Saban hari saban tahun pasti ada kes tuntutan orang bukan melayu terhadap melayu.Mereka tidak henti-henti membangkitkan isu ketuanan melayu dan hak istimewa yang lain.Melayu dianggap seperti musuh mereka sedangkan ini adalah tanah air milik melayu.

Jika kita tengok di Malaysia sendiri, tidak ramai org bukan melayu yang hidup merempat seperti orang melayu.tp mengapa masih banyak lagi tuntutan dari golongan seperti ini???Jelaslah mereka hanya ingin melihat melayu terus jatuh tersungkur kerana org bukan melayu tahu bahawa melayu tidak mampu bersaing dengan mereka dari segi ekonomi.

Nak kata Kerajaan Melayu tidak adil???mustahil..tgk saje pd kekayaan,org bukan melayu yg lebih kaya berbanding bangsa melayu.jadi untuk apa lg mereka perlu mempertikaikan soal KETUANAN MELAYU???

Golongan Cina dan India perlu bersyukur krn diberi peluang untuk menjadi rakyat Malaysia dan sepatutnya menghormati tuan asal tempat ini iaitu orang Melayu. Sekiranya mereka tidak diberi hak kerakyatan,akan jadilah mereka seperti rakyat Indon yang menumpang di negara kita tetapi tidak ada hak untuk bersuara dlm politik.

Tuesday, December 30, 2008

Martabatkan Bahasa Melayu

Sudah termaktub sudah dlm perlembagaan bahawa Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan negara kita.Namun sedikit demi sedikit keistimewaan ini telah terhakis dgn pelbagai usaha yg diperkenalkan oleh pihak yg tak bertanggungjawab.

Setiap hari kita lihat di dada akhbar tentang isu PPSMI diperdebatkan.mengapa ini terjadi???apa yg diperjuangkan oleh golongan seperti GAPENA, Kesatuan Kongres Guru-guru dan banyak lagi.adakah mereka sesaje berbuat demikian???

Kemelut PPSMI semakin meruncing apabila Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) menetapkan 15 Februari depan sebagai tempoh muktamad untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya kerajaan masih meneruskan pelaksanaan PPSMI.

Selain itu, peguam dan juga bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, menerusi artikelnya dalam akhbar ini semalam menyatakan bahasa Melayu mesti menjadi bahasa pengajaran mata pelajaran teras termasuklah Sains dan Matematik seperti diperuntukkan dalam Seksyen 1 dan 6, Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996, di sekolah rendah dan menengah kebangsaan.

Antara rasional utama gesaan memansuhkan pelaksanaan PPSMI di sekolah rendah ialah murid mesti diberi peluang memperoleh pendidikan awal dalam bahasa ibunda yang 'mesra' dengan kehidupan harian untuk menarik minat, memudahkan pemahaman serta memantapkan penguasaan asas mereka.

Memang bagus usaha kerajaan dlm membantu meningkatkan prestasi pelajar berbahasa Inggeris.tp cuba kita tgk kesan jangka panjang dimana jiwa peneraju negara pd masa hadapan telah ditanam dgn jiwa Barat sejak dibangku sekolah rendah.

Tidakkah kita kan malu sekiranya orang MELAYU gagal dlm subjek bahasa Melayu????sama2 kita fikirkan..[+]

Penswastaan IJN

Mungkin sesetengah rakyat skg tengah kepanasan apabila mendengar IJN akan diswastakan dimana Sime Darby dikatakan berminat tuk mengambil alih dlm pengurusan IJN.Ini berikutan kerajaan sudak tidak mampu menanggung kos perbelanjaan IJN yg mana memerlukan teknologi yg tinggi.

Kita sedia maklum apabila sesuatu itu dh diswastakan,dah tentu lah beberapa hak istimewa dan subsidi akan dimansuhkan.dari segi harga juga sudah tentu akan meningkat.Sekiranya kita golongan yg berada,itu tak menjadi masalah.tp bagaimana ngn nasib masyarakat melayu yg rata2 berpendapatan rendah???

Ramai yg tidak setuju dgn penswastaan IJN.kerajaan pun sepatutnya malu krn sudah tak mampu tuk menanggung dan sekaligus tak mampu membela nasib rakyatnya yg susah.Di mana peranan kerajaan dlm memastikan kebajikan rakyatnya terus terbela???

Melayu perlu sedar


Kenapa perlu ada perpecahan dalam masyarakat melayu???ingatlah..kita skg hanya memegang pd politik.bknnya pd ekonomi.Jangan kita nk berbangga dgn kuasa yg kita miliki skg.Jika kita asek berebut kuasa, dapat ke kuasa tersebut dikekalkan???

Majoriti melayu dah berpecah tiga iaitu UMNO, PAS dan PKR.tu dah dikira ckup bnyak tuk memecahkan bilangan komuniti melayu supaya tidak dpt mencapai majoriti 2/3 dlm parlimen.

Timba nk ajk semua renungkn bersama,niat MCA dan DAP memihak pd PKR hanyalah tuk menumbangkan kerajaan Melayu yg sedia ada skg.dan akan wujudlah satu kerajaan boneka seperti yg berlaku di Kedah, Perak, dan beberapa kerajaan pembangkang yg lain.

Golongan seperti ini hanya mendengar arahan org lain tuk mendapat kuasa pemerintahan sampai sanggup menyerahkan tanah hanya tuk kekal memerintah.adakah mereka memikirkan kesan jangka panjang berbuat demikian???

Ingatlah wahai melayu,jika kita terus berkelahi,kita akan binasa.jgn berebut kuasa,tp pertahankan kuasa yg kita ada.jgn suatu hari nnti kita sudah tidak dibenarkan mendirikan masjid dan bertudung lg.

Monday, December 29, 2008

Ngah Ibrahim pejuang pemikir melayu

PENJAJAH Inggeris cuba mengaitkan Ngah Ibrahim Long Jaafar (1836-1895) dengan kematian JWW Birch tetapi tiada bukti kukuh menyebabkan mereka menggunakan muslihat dan menahan pejuang kemerdekaan terawal, intelektual, pemikir dan berwawasan jauh dalam membangunkan ekonomi bangsa Melayu itu di Singapura.


Ngah Ibrahim akhirnya dijatuhkan hukuman dibuang ke Pulau Seychelles dan dipindahkan ke Sarawak sebelum kembali ke Singapura dan meninggal dunia pada 4 Februari 1895. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Al Junid, Singapura sebelum dibawa pulang ke halamannya pada 2006.

Perbincangan mengenai Ngah Ibrahim sebagai seorang daripada pahlawan serta jutawan Melayu terkenal pada abad ke-19 di Tanah Melayu tidak perlu dipertikaikan.

Dia orang yang bertanggungjawab membina Kota Ngah Ibrahim, yang kini berusia 150 tahun yang dijadikan pusat pentadbiran bersilih ganti diletakkan di bawah pemerintahan British, Jepun hinggalah akhirnya diserahkan kepada Jabatan Muzium dan Antikuiti pada 1985 untuk dijadikan Kompleks Sejarah Matang.

Kawasan kota itu dibina menggunakan batu bata yang dicampur simen lama dikenali Lime Motar dan mempunyai menara kawalan utara dan selatan, pelabuhan Melawati, kubur, tugu peringatan kemasukan tentera Jepun.

Bahkan, tembok yang runtuh akibat rempuhan pesawat Jepun yang terhempas di situ ketika Perang Dunia Kedua dikekalkan sebagai bahan sejarah. Pada tembok itu terdapat satu lubang kecil pada jarak setiap lima kaki dipercayai bagi tujuan pertahanan.


Kota Ngah Ibrahim yang dijadikan Kompleks Sejarah Matang

Ini kerana, Ngah Ibrahim pernah melantik Kapten Speedy mengetuai pasukan polis mengawal kubu berkenaan terdiri daripada orang Melayu dan tentera Gurkha.

Di satu sudut berhampiran menara selatan, terdapat satu perigi lama yang digali semula oleh arkeologi dan hasilnya membuktikan seni bina yang menarik. Susunan bata diletak dengan tiga corak iaitu melintang, menegak dan bentuk V atau tulang belut.

Airnya masih banyak dan jernih, tetapi pengunjung tidak dibenarkan memijak batu bata di situ bagi mengelakkan runtuhan.


Lakaran kota Ngah Ibrahim

Ahmad Sazali berkata, kubu itu pada asalnya terletak berhampiran sungai tetapi kini sungai itu menjadi sempit dan langsung tidak digunakan.

“Ngah Ibrahim mempunyai empat kapal iaitu dua kapal layar dinamakan Bahtera Bayu dan Indera Bayu yang prestasinya lebih hebat daripada Kapal Pluto yang menjadi lokasi Perjanjian Pangkor pada 1874 serta serta dua kapal stim,” katanya.

Di dalam kompleks dua tingkat itu juga mengandungi pelbagai artifak sejarah termasuk tinggalan aktiviti perlombongan, sistem pemerintahan, mahkamah, senjata dan agak menarik ialah replika Si Larut, iaitu gajah milik Long Jaafar yang dikatakan menemui bijih timah ketika berkubang di Larut.[+]

Salam Maal Hijrah 1430H


Di kesempatan ini,Timba ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah atau Awal Muharram 1430H. Diharap seluruh umat Islam dapat meneruskan usaha dan menanamkan azam baru dalam mencapai kejayaan tidak kira apa jua bentuk perjuangan. Semoga setiap apa yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah.

Melayu...

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "

NUKILAN
Usman Awang