Terus mara tanpa gentar..

Tuesday, November 17, 2009

Bahasa Melayu 'diserang'


Ada gerakan antibahasa kebangsaan dalam menggagalkannya wibawanya [klik sini]

Friday, November 13, 2009

Layu dalam Melayu



Marilah sama-sama kita hayati sajak ini. moga-moga kita tersedar dari lamunan dan dapat merapatkan kembali jurang persengketaan antara melayu. moga melayu terus gah di persada dunia.

Tuesday, November 10, 2009

Pas mungkin kehilangan Kelantan dan Kedah PRU Ke-13?

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Penguasaan Pas di Kelantan dan Kedah mungkin berakhir pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 jika parti itu gagal meraih kepercayaan rakyat yang kini dilaporkan tidak lagi menyokong kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Samsul Amri Baharuddin berkata, Abdul Hadi selaku Presiden mempunyai tempoh enam bulan untuk mengembalikan semula sokongan rakyat dan memulihkan imej parti yang dilihat semakin negatif jika ingin mengelak perkara itu daripada berlaku.

"Situasi ini adalah sesuatu yang serius dan wajar dibimbangi Abdul Hadi. Rakyat hilang kepercayaan terhadap beliau kerana masalah dalaman yang berpanjangan selain kegagalan Pas berperanan dengan lebih penting dalam pembangkang,'' katanya kepada Utusan Malaysiadi sini semalam.

Samsul berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah pada seminar Memperkasakan Pas kelmarin.

Abu Hassan ketika mendedahkan hasil kajiannya terhadap 2,100 responden berkata, 633 orang muda berusia antara 21 dan 30 tahun hilang kepercayaan terhadap Abdul Hadi berbanding hanya 67 yang menyokong.

Selain itu tambahnya, 519 orang daripada golongan yang berusia 31 hingga 40 tahun turut berpandangan negatif terhadap kepimpinan Pas berbanding hanya 181 orang yang positif.

Mengulas lanjut Samsul Amri memberitahu, elemen yang menyumbang kepada krisis dalaman Pas telah lama wujud kerana keanggotaan ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan.

"Lebih daripada itu, Pas sendiri gagal berfungsi seperti yang diharapkan oleh penyokongnya. Pertelingkahan di Selangor dan Kedah membuktikan parti ini tunduk kepada rakan pakatan mereka. Ini tidak disukai khususnya pengundi Melayu,'' jelasnya.

Pendapat itu disokong seorang lagi penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling bahawa Pas akan kehilangan apa yang dinikmatinya pada PRU Ke-12 lalu jika masalah dalaman, hilang sokongan dan imej negatif tersebut tidak dapat ditangani dengan segera.

Katanya, Pas tidak mempunyai banyak masa kerana UMNO sendiri telah mengambil langkah ke hadapan dan dilihat semakin memperoleh semula sokongan rakyat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Imej yang negatif dan hilang sokongan berpunca daripada banyak sebab. Antaranya percanggahan dalam pakatan pembangkang di mana Pas yang sepatutnya lebih dominan banyak mengalah dan seolah-olah menjadi kuda tunggangan.

"Masalah dalaman walaupun reda sekejap tidak bererti telah selesai. Ramai yang menyedari ia persefahaman yang rapuh antara Abdul Hadi dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,'' ujarnya.

Menurutnya, kini bergantung kepada pucuk pimpinan Pas untuk melakukan perubahan seperti yang diinginkan rakyat jika mereka masih lagi bercita-cita memerintah negara ini.

Sementara itu, pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff menjelaskan, hilang sokongan dan imej negatif adalah satu proses biasa dalam mana-mana parti politik.

Katanya, apa yang mustahak ialah setiap parti politik perlu memahami aspirasi ahli dan dalam konteks Pas, Abdul Hadi harus selari dengan apa diingini ahlinya serta rakyat keseluruhan yang sebelum ini menyokongnya.

Mengenai hasrat penyokong parti itu yang ingin Pas berdiri sendiri tanpa perlu bersatu dengan DAP, Mohamad Agus menjelaskan, perkara itu mustahil jika parti tersebut bercita-cita ingin menerajui kerajaan Pusat.

"Pas akan mati jika berdiri sendiri. Persekitaran politik sekarang tidak boleh untuk Pas bersendiri walau sekuat mana pun mereka. Pas perlukan sokongan pengundi bukan Melayu dan tanpanya ia akan tetap menjadi parti pembangkang,'' katanya.


[sumber]

Monday, November 2, 2009

Demi Melayu, Perdengarkan..

Mari kita sama-sama hayati sajak yang disampaikan bersahaja oleh Adi Putra ini



Meremang roma aku bila mendengar Adi menyebut tak kan melayu hilang di dunia. Semangat ketuanan melayu ini yang kita semua mahu. Biar tersemat sejak dari kecil. Jangan hanya ditanam dengan semangat politik semata-mata tetapi berfikiran jauh untuk memajukan bangsa tuan tanah iaitu bangsa melayu.

Semua kaum di Malaysia harus sedar, bahawa Melayu adalah tuan asal dan tidak boleh diberi sesuka hati kepada kaum lain. Seperti mana contoh, jika kamu mempunyai syarikat dan syarikat itu maju hasil usaha pekerja kamu, adakah kamu mahu sedekahkan syarikat kamu itu kepada pekerja kamu??Sedangkan mereka hanya datang dengan kosong dan meraih rezeki daripada kamu.

Begitu lah Malaysia. Melayu sangat bermurah hati memberi kerakyatan kepada kaum lain dan membenarkan mereka menjalani kehidupan malah skarang telah menguasai ekonomi di Malaysia. Lebih dari itu, mereka sekarang menuntut macam-macam. Sedarlah wahai keling-keling semua, ini bukan tempat asal mu. Wahai cina sepet, kamu beruntung di Malaysia. Jangan mencabar ajtidiri peribumi sejati.